Cari:
Forum Inovasi Pujiang 2014
2014-10-26 14:49:41 CRI Cetak

Forum Inovasi Pujiang 2014 dirasmikan di Shanghai, China semalam. Presiden China, Xi Jinping dan Presidan Rusia, Vladimir Putin masing-masing mengutus kawat tahniah kepada forum itu.

Presiden Xi menyatakan, China sedang melaksanakan strategi inovasi menggalakkan pembangunan. China akan mempergit kerjasama antarabangsa dalam inovasi teknologi, aktif menyertai jaringan inovasi dunia, berusaha bersama-sama pelbagai negara untuk menghadapi cabaran demi mewujudkan pembangunan bersama.

Presiden Putin pula berkata, Rusia dan China mempunyai potensi ekonomi yang luar biasa dan banyak pengalaman kerjasama dalam pelbagai bidang. Meningkatkan kerjasama dan pelaburan antara satu sama lain, melaksanakan projek inovasi yang berprospek cerah, meningkatkan interaksi langsung antara kalangan sains dan teknologi serta perindustrian dan perniagaan amat penting bagi kedua-dua negara pada masa sekarang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China