Cari:
China Bantu Tubuh Pusat Rawatan Ebola di Liberia
2014-10-27 12:54:59 CRI Cetak

Sebuah pesawat khas yang membawa barangan untuk projek pusat rawatan Ebola dari China mendarat di Monrovia, ibu negara Liberia pada pagi 26 Oktober waktu tempatan, sehari selepas kumpulan perintis program atas bantuan China itu tiba di negara tersebut.

Terdapat dua buah lagi pesawat khas akan tiba pada 29 Oktober nanti. Ketiga-tiga pesawat itu akan membawa 253 tan bekalan bantuan termasuk bahan binaan, alat perubatan dan ubat-ubatan.

Langkah tersebut dilaksanakan selaras dengan program bantuan pusingan ke-4 terhadap negara Afrika yang diumumkan oleh Presiden China Xi Jinping. Pegawai kanan Liberia termasuk Timbalan Menteri Luar, Sylvester Grigsby bersama-sama duta besar China ke negara itu, Zhang Yue menyambut ketibaan pesawat khas tersebut di lapangan terbang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China