Cari:
China Lupus 4 Juta Kenderaan Pencemaran Tinggi
2014-10-27 15:16:49 CRI Cetak

Setakat hujung bulan September lalu, China telah melupuskan 3.98 juta buah kenderaan yang menyebabkan pencemaran tinggi dan kenderaan lama. Ini menduduki 66.3% daripada sasaran tahunan yang mencatat 6 juta buah. Antaranya 635 ribu buah kenderaan dilupuskan pada bulan September. Demikian dimaklumkan oleh Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China baru-baru ini.

Setakat hujung tahun 2013, terdapat lebih 13 juta buah kenderaan yang menyebabkan pencemaran tinggi di China, iaitu menduduki 10% daripada jumlah keseluruhan kenderaan di negara ini. Bagaimanapun, pelepasan bahan cemar oleh kenderaan tersebut menduduki kira-kira 50% daripada jumlah keseluruhan pelepasan kenderaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China