Cari:
China Utamakan Perkongsian Strategik dengan Afghanistan
2014-10-29 12:01:54 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Afghanistan, Ashraf Ghani Ahmadzai di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam. Xi menegaskan, China mengutamakan perkongsian strategik dengan Afghanistan dan menyokong negara itu mewujudkan pembangunan semula secara damai.

Xi berkata, China akan meningkatkan sokongan terhadap pembangunan semula di Afghanistan, termasuk membantu Afghanistan merangka pelan pembangunan sosioekonomi negara, melatih tenaga profesional dalam pelbagai bidang, memajukan sektor pertanian, hidroelektrik dan pembinaan infrastruktur. China juga bersedia membantu Afghanistan menggalakkan kemajuan dalam projek lombong tembaga di Aynak serta minyak dan gas asli di Lembangan Amu Darya.

Presiden Ghani pula berkata, pihaknya mengalu-alukan pelaburan China di negara itu, dan akan berusaha memastikan keselamatan institusi dan warga China terjamin. Afghanistan menyokong usaha China membanteras keganasan, dan tidak membenarkan mana-mana kuasa melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan China di wilayah negara itu. Afghanistan bersedia meningkatkan kerjasama dan koordinasi dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China