Cari:
Persidangan Menteri Proses Istanbul Mengenai Afghanistan di Beijing
2014-11-01 14:39:32 CRI Cetak

Persidangan Menteri Luar ke-4 Proses Istanbul Mengenai Isu Afghanistan yang diadakan di Beijing semalam, dihadiri menteri luar atau wakil kanan dari 14 buah negara anggota serantau, 16 buah negara penyokong di luar rantau ini, 12 buah pertubuhan antarabangsa dan serantau serta 4 negara pengerusi.

Perdana Menteri China, Li Keqiang yang berucap merasmikan persidangan tersebut, mengemukakan lima cadangan untuk menyelesaikan isu Afghanistan, iaitu berpegang kepada konsep "negara Afghanistan ditadbir oleh orang Afghanistan", menggalakkan proses permuafakatan politik, mencepatkan pembangunan semula ekonomi, meneroka jalan pembangunan dan mengukuhkan sokongan daripada negara luar.

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Afghanistan, Ahmed Osmani bersama-sama mempengerusikan persidangan itu. Wang Yi menyatakan bahawa Afghanistan sedang berada dalam tempoh peralihan yang melibatkan politik, keselamatan dan ekonomi. Ini bukan sahaja menyediakan peluang yang penting, tetapi juga berdepan dengan cabaran besar. China berharap dalam tempoh kritikal ini, persidangan kali ini boleh mengeluarkan isyarat jelas bahawa negara serantau dan masyarakat antarabangsa menyokong proses permuafakatan politik dan pembangunan semula secara damai di Afghanistan, di samping membantu negara itu meningkatkan pembinaan keupayaan bagi menggalakkan kedamaian dan kestabilan yang berkelalan di Afghanistan dan rantau berkenaan.

Persidangan ini meluluskan Perisytiharan Beijing, selain menetapkan 64 buah projek kerjasama diberi prioriti yang melibatkan enam bidang. Persidangan seterusnya akan diadakan di Pakistan pada tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China