Cari:
China Aktif dalam Kerjasama Anti Rasuah G20
2014-11-07 13:21:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China mengambil bahagian secara aktif dalam kerjasama anti rasuah Kumpulan 20(G20). China berharap pelbagai pihak terlibat dapat mencapai konsensus yang positif untuk menggalakkan kerjasama anti rasuah antarabangsa dalam tempoh Sidang Kemuncak G20 yang bakal diadakan di Brisbane, Australia. Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media di Beijing semalam.

Berhubung dengan perkataan tentang China menolak perjanjian anti rasuah yang bakal ditandatangani dalam Sidang Kemuncak G20, Hong Lei berkata, China berpegang pada pendirian yang sebaliknya. China berpendapat G20 perlu saling membantu dalam bidang kehakiman, meningkatkan kerjasama dalam usaha mengejar pesalah rasuah dan wang haram, mengembalikan harta dan aset, menolak menawarkan suaka politik kepada pegawai yang menerima rasuah, menjalin rangkaian kerjasama anti rasuah, mewujudkan persekitaran perdagangan yang baik, sekali gus mendorong perkembangan ekonomi pelbagai negara dan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China