Cari:
Forum Kemuncak Hari China APEC 2014 di Beijing
2014-11-07 16:05:21 CRI Cetak

Mantan Perdana Menteri Australia yang juga pengasas APEC, Bob Hawke menyatakan bahawa perkembangan ekonomi rantau Asia-Pasifik yang pesat dalam tempoh 20 tahun yang lalu mendapat manfaat daripada perkembangan mantap APEC, dan rantau ini sedang menghadapi cabaran dan peluang baharu. Seiring dengan kebangkitan China dan impaknya semakin meningkat, persaingan antara China dan A.S. di rantau ini semakin sengit. Dengan ini, order baharu serantau perlu dibina agar selari dengan perubahan situasi itu.

Bob Hawke berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Forum Kemuncak Hari China APEC di Beijing hari ini.

Ketua Majlis Pembangunan APEC China, Zhang Lijun, Pengerusi Persatuan Bersama Industri dan Ekonomi China, Li Yi dan mantan Menteri Agensi Hasil Kanada yang juga mantan Menteri Kehakiman Kanada serta tetamu lain dalam forum itu menyatakan bahawa anggota APEC perlu membina perkongsian yang lebih erat dan mengintensifkan integrasi rantau Asia-Pasifik untuk menghadapi masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China