Cari:
Xin Jinping Sampaikan Ucapan Penting dalam Sidang Kemuncak Kumpulan 20
2014-11-16 15:11:50 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan yang bertajuk, "Merangsang Pembangunan Inovatif, Mewujudkan Pertumbuhan Bersama" dalam sidang kemuncak ke-9 Kumpulan 20 yang diadakan di Brisbane, Australia semalam. Ucapan itu mengesyorkan negara-negara yang terbabit menjadi rakan pembangunan yang memacu pembaharuan ekonomi, mewujudkan strategi pertumbuhan komprehensif dan mendorong ekonomi dunia beralih dari pemulihan ke pertumbuhan secara berterusan.

Tiga topik sidang kali ini ialah pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan mencegah risiko. Para pemimpin telah berturut-turut menyampaikan ucapan mengenai ketiga-tiga topik tersebut.

Xi mengesyorkan negara anggota Kumpulan 20 menjalankan usaha dalam tiga bidang, iaitu menginovasi cara pembangunan, membina ekonomi dunia yang terbuka dan menyempurnakan penyusunan semula ekonomi sejagat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China