Cari:
Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Substantif China-Australia Diselesaikan
2014-11-17 16:29:46 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengadakan rundingan di Canberra, Australia hari ini. Kedua-dua pemimpin bersama-sama mengumumkan rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas substantif antara kedua-dua negara ini diselesaikan. Mereka turut menyaksikan majlis pemeteraian kenyataan hasrat yang ditandatangani oleh Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng dan Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia, Andrew Rob.

Rundingan tersebut bermula pada April tahun 2005. Menurut hasil rundingan, Australia membatalkan kesemua tarif terhadap produk China, di samping itu, China membatalkan tarif majoriti produk Australia, membuat komitmen membuka pintu yang melibatkan pelbagai bidang antara satu sama lain, dan memberikan status keutamaan perdagangan antara satu sama lain selepas perjanjian itu berkuatkuasa. Dalam pada itu, kedua-dua negara ini akan masing-masing melonggarkan syarat pemeriksaan pelaburan syarikat, dan memudahkan akses pasaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China