Cari:
Xi Jinping Kunjungi Pameran Teknologi Pertanian dan Penternakan New Zealand
2014-11-21 15:02:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China Xi Jinping mengunjungi Pameran Teknologi Pertanian dan Penternakan New Zealand di Auckland, ditemani Perdana Menteri, John Key hari ini. Beliau berharap kedua-dua negara meningkatkan kerjasama dalam bidang pertanian dan penternakan.

Xi berkata, industri pertanian dan penternakan merupakan satu komponen penting dalam kerjasama China-New Zealand. Industri pertanian dan penternakan New Zealand menduduki kuota yang besar di dunia, manakala China mempunyai pasaran yang meluas. Kerjasama kedua-dua negara dalam bidang itu berpotensi besar. Pelaburan syarikat China di New Zealand dapat menambah lebih banyak peluang kerja dan mendorong pertumbuhan ekonomi tempatan, dan produknya boleh dijual di China. Beliau berharap syarikat kedua-dua meningkatkan kerjasama demi mewujudkan situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China