Cari:
China Mahu Eratkan Hubungan dengan Fiji
2014-11-22 14:45:42 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Fiji, Josaia Uoreque Bainimarama hari ini. Xi menegaskan, China bersedia meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Fiji demi menggalakkan perkembangan hubungan dua hala.

Xi berkata, Fiji mempunyai pengangkutan yang mudah dan kaya dengan sumber perhutanan, perikanan dan galian, manakala China mempunyai kelebihan dalam bidang modal, teknologi dan pasaran. Kedua-dua negara ini perlu meningkatkan kerjasama saling melengkapi. China mengalu-alukan produk Fiji dieksport ke China, menyokong Fiji meneroka pasaran pelancongan China dan menggalakkan perusahaan China melabur ke Fiji. China bersedia bersama dengan Fiji mengadakan pertemuan pemimpin China dengan negara-negara pulau di Pasifik supaya menggalakkan perkembangan hubungan kedua-dua pihak.

Uoreque Bainimarama pula berkata, pihaknya berharap agar mengekalkan hubungan politik dengan China, meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, memperluas interaksi sosiobudaya demi menggalakkan pembangunan sosioekonomi di negara itu. Fiji mengalu-alukan China mengambil bahagian dalam urusan negara pulau di Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China