Cari:
Kabinet Israel Lulus Rang Undang-Undang "Negara Yahudi"
2014-11-24 14:57:57 CRI Cetak

Kabinet Israel semalam meluluskan rang undang-undang yang menetapkan Israel sebagai "negara Yahudi".

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum pengundian berkenaan menjelaskan bahawa Israel merupakan tanah air warga Yahudi. Setiap warga negara ini memiliki hak yang sama rata. Namun, orang Yahudi mempunyai hak unik, yang memperlihatkan simbol-simbol negara seperti bendera dan lagu kebangsaan serta hak setiap orang Yahudi berpindah ke Israel sebagai "hak Yahudi kebangsaan".

Bagaimanapun, rang undang-undang tersebut ditolak oleh pendakwa raya Israel, Yehuda Weinstein dan Menteri Kewangan, Yair Lapid. Mereka menyatakan bahawa rang undang-undang itu akan merosakkan sifat demokratik negara Israel serta menjejaskan hak dan kepentingan warga Arab yang mewakili 20% daripada jumlah keseluruhan penduduk Israel.

Rang undang-undang itu akan diserahkan kepada Parlimen Israel untuk dibincangkan pada 26 November nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China