Cari:
Penubuhan AIIB Dialu-alukan
2014-11-25 14:24:56 CRI Cetak

Negara-negara Asia mengalu-alukan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), dan menganggap penubuhan bank tersebut akan membantu mengukuhkan kesalinghubungan prasarana serantau demi kemakmuran bersama.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Forum Asia Boao (BFA), Zhou Wenzhong ketika menghadiri Persidangan Kerjasama Kewangan BFA di Dubai, Emiriah Arab Bersatu semalam.

Menurut Zhou, 21 anggota termasuk China, India dan Singapura telah menandatangani memorandum tentang penubuhan AIIB, yang dijangka beroperasi menjelang akhir tahun 2015.

Beliau berkata, banyak negara Asia kekurangan modal untuk membina infrastruktur. Penubuhan bank itu akan membantu mengatasi masalah tersebut, sekali gus mempercepat pembangunan kesalinghubungan prasarana serantau. Hal ini akan turut menggalakkan syarikat China melabur ke luar negara.  

Beliau turut menyifatkan kesalinghubungan infrastruktur antara negara-negara Asia sebagai teras kepada pembinaan Kawasan Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China