Cari:
Rusuhan di Ferguson, PBB Gesa Pembantah Kekal Tenang
2014-11-26 17:41:45 CRI Cetak

PBB menggesa semua pembantah di AS kekal tenang dan tidak bertindak ganas berikutan keputusan jemaah juri berhubung kes tembakan di bandar Ferguson, sambil mendesak pihak berkuasa AS meneliti isu diskriminasi dalam penguatkuasaan undang-undang dan sistem kehakimannya.

Gesaan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi hak asasi manusia, Zeid Ra'ad Al Hussein semalam.

Tunjuk perasaan dan rusuhan dilaporkan tercetus di Ferguson selepas Mahkamah Saint Louis, negeri Missouri membuat keputusan tidak mengenakan dakwaan terhadap pegawai polis berkulit putih, Darren Wilson yang menembak mati remaja berkulit hitam, Michael Brown pada Ogos lalu.

Pendakwa raya berkata, Wilson melepaskan tembakan selepas bergelut dengan Brown dan tiada sebab dakwaan perlu dikemukakan terhadap beliau. Keputusan berkenaan mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan yang mahu Wilson dikenakan tindakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China