Cari:
Rundingan Kerjasama Ekonomi Beijing-Hong Kong di Beijing
2014-11-26 15:51:40 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rundingan Kerjasama Ekonomi Beijing-Hong Kong ke-18 dirasmikan di Beijing semalam. Rundingan ini bertujuan untuk memperkasakan kerjasama pelaburan dan perdagangan dalam sektor ekonomi dan industri antara Beijing dan Hong Kong dan juga menarik lebih banyak projek pelaburan Hong Kong ke Beijing. Selepas projek kerjasama pembinaan landasan kereta api bawah tanah laluan No.4 dan No.14 di Beijing, kedua-dua pihak akan menandatangani kontrak projek pembinaan landasan kereta api bawah tanah laluan No.16 yang bernilai RMB 15 bilion dalam tempoh rundingan kali ini.

Landasan kereta api bawah tanah laluan No.16 Beijing yang sepanjang kira-kira 50 kilometer mulai dibina pada bulan Mac tahun 2013 dan dijadualkan siap dibina pada akhir tahun 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China