Cari:
Kerjsama Rantau Mangkin Pembangunan ASEAN
2014-11-27 13:30:36 Harian Renmin Ribao Cetak

Persidangan Meja Bulat Editor ASEAN Institusi Penyelidikan Ekonomi Bagi ASEAN dan Asia Timur (ERIA) anjuran bersama ERIA dan Kumpulan Media Mizzima Myanmar diadakan di Yangon, Myanmar pada 25 November lalu. Persidangan kali ini dihadirin oleh lebih 30 orang wartawan dari rantau Asia Timur dan Asia Tenggara. Para peserta bersama-sama membincangkan isu-isu dari empat aspek, iaitu rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang sedang dibincangkan oleh ASEAN dan enam buah negara rakan dialog, cabaran yang dihadapi ASEAN pada masa depan, kesalinghubungan dan kesan dan kedudukan ASEAN di arena antarabangsa.

Pengarah Eksekutif ERIA, Hidetoshi Nishimura dalam persidangan itu menyatakan bahawa menurut hasil penyelidikan ERIA, RCEP akan terus memperluas jaringan pengeluaran bagi memangkin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan rantau ASEAN dan Asia Timur. Rundingan RCEP mesti diselesaikan menjelang tahun 2015. Hal ini amat penting bagi pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN. Pelbagai negara anggota ASEAN mesti bekerjasama mempercepat proses pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Ketika menyebut perkembangan ASEAN pada masa depan, Menteri Penerangan Myanmar yang juga Jurucakap Presiden Myanmar, U Ye Htut berkata, pertama, mesti memastikan kestabilan dan pembangunan di rantau Asia Tenggara. Kedua, ASEAN patut bertungkus lumus bersama dengan China menggalakkan program Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 atas inisiatif China. Ketiga, mesti mengurangkan jurang perbezaan pembangunan antara pelbagai negara anggota ASEAN dan meningkatkan kesedaran pelbagai negara anggota tentang Komuniti Ekonomi ASEAN. Keempat, mesti memacu pertumbuhan perdagangan di rantau Asia Tenggara dan mempererat kesalinghubungan antara satu sama lain. Kelima, kestabilan politik merupakan prasyarat bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi ASEAN.

Para peserta juga menegaskan bahawa ASEAN harus mengurangkan jurang perbezaan pembangunan antara satu sama lain. Dalam pada itu, Penasihat Ekonomi Presiden Myanmar, Zaw Oo menegaskan, pertumbuhan ekonomi negara anggota ASEAN yang kurang maju perlu dijamin untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau tidak, jurang perbezaan pembangunan akan menjejaskan pembaharuan yang sedang diamalkan di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China