Cari:
Putin, Poroshenko Bincang Isu Ukraine
2014-11-28 15:18:00 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengadakan perbincangan menerusi telefon mengenai isu Ukraine malam kelmarin.

Menurut laman sesawang Kremlin, kedua-dua pemimpin ini telah membincangkan hubungan Rusia-Ukraine dan situasi semasa di timur Ukraine.

Sebelum ini, ada media melaporkan bahawa Putin mengeluarkan kata-kata ancaman kepada Poroshenko dalam perbualan itu. Berhubung dengan hal ini, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov semalam menyatakan bahawa laporan tersebut adalah tidak berasas sama sekali. Presiden kedua-dua negara mengadakan perbincangan secara terbuka, yang diyakini akan memainkan peranan bersifat membina untuk menyelesaikan krisis Ukraine.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China