Cari:
E-Dagang Bantu Bina Laluan Sutera Maritim
2014-11-28 15:18:56 CRI Cetak

Platform e-dagang rentas sempadan yang memberi tumpuan kepada usaha mempromosikan

barangan dari negara-negara di sepanjang Laluan Sutera Maritim, dibuka secara rasmi di bandar Guangzhou semalam.

Platform yang menggabungkan sumber-sumber melibatkan perdagangan luar, logistik, ekonomi, pelancongan dan kebudayaan China dan negara-negara di sepanjang Laluan Sutera Maritim ini, akan memacu perdagangan antara China dengan negara-negara berkenaan.

Naib ketua setiausaha kerajaan Guangzhou, Diao Ailin berkata, pembukaan platform tersebut akan membantu menyelesaikan banyak masalah praktikal yang dihadapi oleh syarikat yang terlibat dalam urus niaga e-dagang rentas sempadan, selain membolehkan peniaga-peniaga berkenaan membentuk persekutuan untuk bersama-sama menghadapi pasaran antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China