Cari:
OPEC Kekal Pengeluaran Minyak
2014-11-28 15:23:47 CRI Cetak

Pertubuhan Negara-negara Pengeskport Petroleum (OPEC) memutuskan untuk mengekalkan pengeluaran minyak pada 30 juta tong sehari, walaupun harga minyak mentah di pasaran antarabangsa terus menurun dalam tempoh beberapa bulan yang lalu. Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat peringkat menteri OPEC di Vienna semalam.

Setiausaha Agung OPEC, Abdalla Salem El-Badri dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu berkata: "kami tidak akan panik. Kami ingin melihat apa respons daripada pasaran kerana turunnya harga minyak tidak dapat menggambarkan perubahan keadaan asasnya."

Menurut pegawai OPEC pula, bekalan minyak mentah yang mencukupi, nilai USD yang meningkat serta kelembapan pertumbuhan ekonomi global yang menyebabkan permintaan terhadap minyak merosot, mengakibatkan harga minyak terus menurun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China