Cari:
China Sedia Tingkatkan Kerjasama Antirasuah dengan Negara Lain
2014-11-28 14:00:03 CRI Cetak

Sejak tahun ini, China terus meningkatkan pembanterasan terhadap jenayah rasuah dan penyelewengan, serentak itu menjalankan kerjasama antirasuah yang belum ada dengan negara lain, terutamanya dalam bidang mengesan dan memburu penjenayah yang melarikan diri ke negara lain dan wang haram yang dipindah ke luar negara. Pegawai Kementerian Luar China menyatakan di Beijing kelmarin bahawa sekarang jenayah rasuah selalu dilakukan secara transnasional, pelbagai negara perlu menjalankan kerjasama yang menyeluruh terutamanya memperhebat kerjasama dalam bidang bantuan kehakiman dan ekstradisi untuk benar-benar menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah dan memulangkan wang dan aset kepada pemilik. Beliau menyeru pelbagai negara terutamanya A.S. dan Kanada yang menjadi destinasi penjenayah rasuah China boleh meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang, memerangi jenayah rasuah merentas sempadan agar mengelakkan negara tersebut daripada menjadi "syurga penjenayah".

Dalam sidang akhbar pada 26 November lalu, Ketua Bahagian Fasal Undang-undang Kementerian Luar China, Xu Hong menerangkan bahawa sejak tahun 1980an, pihaknya dan kedutaan China ke pelbagai negara telah memulakan kerjasama dengan jabatan berkenaan untuk mengesan dan memburu penjenayah China dan wang haram di negara lain. Ketika menguruskan kes-kes tesebut, Kementerian Luar China berunding dengan negara lain untuk menandatangani perjanjian kerjasama kehakiman, termasuk menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Perancis, Spanyol, Australis dan Portugal dan menandatangani perjanjian bantuan kehakiman jenayah dengan A.S., Kanada, Perancis, Spanyol, Portugal, Australia, New Zealand, Britain dan Belgium.

Setakat bulan ini, China telah menandatangani 39 buah perjanjian ekstradisi dengan negara lain, 29 buah daripadanya telah berkuatkuasa, di samping itu, 46 buah daripada 52 buah perjanjian bantuan kehamiman jenayah telah berkuatkuasa. Pada bulan Jun tahun lalu, China dan Kanada telah menyelesaikan rundingan mengenai Perjanjian Mengongsikan dan Memulangkan Aset yang Dirampas, ini merupakan perjanjian khas pertama yang dirundingkan antara China dengan negara lain untuk mendapat balik wang haram.

Menurut Xu Hong, konvensyen pelbagai hala seperti Konvensyen Antirasuah PBB dan kumpulan kerja antirasuah di bawah rangka APEC dan G20 telah banyak menggalakkan kesediaan politik pelbagai negara untuk menjalankan kerjasama dalam bidang memburu penjenayah dan mendapat balik wang haram serta pembentukan rangka mekanisme berkenaan. Namun, berikutan perbezaan sistem sosial dan sistem kehakiman, kerjasama antirasuah di arena antarabangsa masih menghadapi cabaran besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China