Cari:
35 Terbunuh Serangan Terhadap Masjid Nigeria
2014-11-29 15:18:40 CRI Cetak

Siri serangan bom terhadap Masjid Central di Kano, bandar kedua terbesar di Nigeria pada petang 28 November waktu tempatan menyebabkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh.

Pada pukul kira-kira 2 petang, beberapa lelaki bersenjata yang tidak diketahui identiti meletupkan tiga butir bom di masjid berkenaan apabila sejumlah besar penduduk Islam sedang bersolat Jumaat di situ. Anggota bersenjata juga melepaskan tembakan ke arah mereka yang cuba melarikan diri dari masjid tersebut.

Serangan itu turut mencetuskan rusuhan apabila lebih seratus pemuda Islam mengadakan demonstrasi di kawasan sekitar masjid itu bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap situasi keselamatan yang teruk.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China