Cari:
Li Keqiang Sertai Aktiviti Hari AIDS Sedunia
2014-12-01 14:17:17 CRI Cetak

Sempena sambutan Hari AIDS Sedunia ke-27 pada hari ini, Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan tinjauan terhadap kerja kawalan dan rawatan penyakit AIDS di Hospital Youan, hospital Beijing yang pertama menjalankan rawatan terhadap pesakit itu.

Ketika mengunjungi sepasang suami isteri pesakit AIDS yang berjaya melahirkan bayi yang sihat melalui cara pencegahan khas di hospital itu, Li Keqiang berasa amat gembira dan menyatakan bahawa kerajaan memutuskan memperkenalkan langkah pencegahan penyakit AIDS yang teknik matang, kosnya terkawal dan kesannya baik kepada seluruh negara menjelang penghujung tahun 2015.

Ketika melawat Pejabat Tianyuan di hospital itu yang khusus memberi bantuan psikologi kepada pesakit, Li Keqiang berharap Tabung Pencegahan Penyakit AIDS ditubuhankan dan beroperasi dengan secepat mungkin disamping kerajaan akan menyempurnakan dasar pengurangan cukai terhadap pertubuhan kebajikan seumpama Tabung Pencegahan Penyakit AIDS.

Kemudian, Li Keqiang bertukar-tukar pendapat dengan doktor pakar, anggota pencegah penyakit AIDS peringkat bawah, sukarelawan dan wakil pertubuhan antarabangsa. Ketika mendengar maklumat tentang situasi pencegahan penyakit AIDS di China, Li Keqiang menyatakan bahawa kerajaan akan memikul lebih banyak tanggungjawab dalam bidang pencegahan dan rawatan penyakit AIDS, serta terus menambah peruntukan dalam bidang itu. Beliau berharap kerja penyelidikan vaksin generasi baharu dan ubat-ubatan dapat mencapai kemajuan yang ketara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China