Cari:
Li Keqiang Ditemui Presiden Kazakhstan
2014-12-15 11:14:18 CRI Cetak

Presiden Kazakhstan, Nazarbayev ditemui Perdana Menteri China, Li Keqiang di Jabatan Presiden di Astana petang semalam.

Li Keqiang berkata, China dan Kazakhstan mempunyai konsep pembangunan yang sama. China bersedia mengeratkan rasa kesalingpercayaan politik dengan Kazakhstan, meningkatkan pelaburan dan perdagangan antara satu sama lain, merapatkan interaksi rakyat supaya memberi faedah kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau berkata, China bersedia meningkatkan koordinasi dengan Kazakhstan dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa, dan menaiktaraf hubungan rakan strategik menyeluruh kedua-dua negara ke tahap yang baharu.

Nazarbayev mengucapkan terima kasih kepada China kerana menghulurkan bantuan kepada pembangunan pengindustrian negara itu. Kazakhstan menyokong inisiatif China tentang pembinaan "Satu Jalur dan Satu Laluan" iaitu Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, bersedia mempergiat kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kesalinghubungan, tenaga dan mengalu-alukan China menyertai pembinaan infrastuktur Kazakhstan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China