Cari:
Drama Tebusan di Sydney Berakhir, 3 Maut
2014-12-16 12:18:03 CRI Cetak

Drama tebusan selama lebih 16 jam di sebuah kafe di Sydney, Australia berakhir hari ini selepas pihak berkuasa menyerbu masuk premis itu, menyebabkan tiga orang terbunuh, termasuk seorang lelaki bersenjata.

Media Australia melaporkan, polis Australia menyerbu masuk ke kafe Lindt yang terletak di tengah Sydney itu, kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan dengan melontarkan bom pegun sebelum pertempuran senjata api meletus antara pihak keselamatan dan suspek.

Menurut kenyataan pihak polis New South Wales, seorang lelaki berusia 50 tahun dan seorang wanita berusia 38 tahun merupakan tebusan yang terbunuh dalam serbuan tersebut.

Manakala suspek yang turut terbunuh dalam pertempuran itu merupakan seorang lelaki Iran berusia 34 tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China