Cari:
Pembinaan Infrastruktur GMS Perlu Sokongan Institusi Kewangan
2014-12-19 17:56:23 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ke-5 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) akan diadakan di Bangkok, ibu negara Thailand pada 20 Disember ini. Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri sidang tersebut.

Sidang kemuncak yang bertemakan "Komited Terhadap Pembangunan Inklusif dan Lestari di GMS" ini, bertujuan untuk memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta kesalinghubungan subkawasan, di samping mengukuhkan perkongsian antara negara-negara terlibat serta merangka hala tuju kerjasama pada fasa seterusnya.

Ahli ekonomi dari kumpulan pemikir, Pusat Penyelidikan Kasikorn Thailand, Siwat Luangsomboon berpendapat bahawa pembinaan infrastruktur di GMS yang masih mempunyai ruang besar untuk dinaiktarafkan, amat memerlukan sokongan institusi kewangan serantau termasuk Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

Beliau berkata bahawa melalui usaha berterusan selama lebih 20 tahun, mekanisme kerjasama ekonomi GMS telah menjadi penggalak integrasi ekonomi di subkawasan ini. Mekanisme tersebut mampu membantu meningkatkan kesalinghubungan dan daya saing subkawasan berkenaan.

GMS, jambatan darat yang menghubungkan China dengan Asia Tenggara dan Asia Selatan, mempunyai kedudukan geografi yang amat penting. Bagaimanapun, pembangunan sosioekonomi di subkawasan ini agak mundur ekoran banyak faktor. Malah, Kemboja, Laos dan Myanmar disenaraikan oleh PBB sebagai negara yang paling tidak maju. Walaupun negara-negara tersebut bertungkus-lumus melaksanakan reformasi ekonomi, mengubah suai struktur industri, dan meningkatkan tahap keterbukaan masing-masing pada beberapa tahun kebelakangan ini, namun pada asasnya, keadaan kekurangan infrastruktur di subkawasan ini tetap belum diperbaiki. Sehubungan dengan itu, Siwat menyatakan bahawa peruntukan negara-negara berkenaan kepada projek infrastruktur sekarang tidak mampu memenuhi permintaan.

Tambah beliau, pembinaan infrastruktur merupakan cabaran terbesar bagi GMS kerana negara-negara di subkawasan ini, khususnya Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam, kekurangan sumber yang berkenaan. ASEAN dianggarkan perlu melaburkan kira-kira USD 60 bilion untuk projek infrastruktur pada setiap tahun. Namun, peruntukan sebenar jauh lebih kurang daripada jumlah tersebut, iaitu hanya menduduki 1% hingga 2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sedangkan dalam projek berkenaan, ASEAN patut memperuntukkan sekurang-kurangnya 3% daripada KDNKnya.

Dimaklumkan, setakat penghujung tahun 2013, projek kerjasama yang dilaksanakan antara para anggota GMS mencatat 260 buah, yang melibatkan peruntukan sebanyak USD 17 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China