Cari:
Mesyuarat JCCT ke-25
2014-12-19 11:59:16 CRI Cetak

Mesyuarat Jawatankausa Bersama Perniagaan dan Perdagangan China-AS (JCCT) ke-25 diadakan di Chicago pada 16 hingga 18 Disember lalu. Naib Perdana Menteri China, Wang Yang, Setiausaha Perdagangan AS, Penny Pritzker dan Wakil Perdagangan AS, Michael Froman bersama-sama mempengerusikan mesyuarat tersebut. Setiausaha Pertanian AS, Tom Vilsack turut hadir pada mesyuarat itu.

Wang Yang berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik China-AS dan juga tahun yang penting demi membina hubungan negara besar model baharu antara kedua-dua negara. JCCT perlu melaksanakan hasil rundingan dan persepakatan yang dicapai oleh Presiden Xi Jinping dan Presiden Barack Obama, mengekalkan trend perkembangan hubugan dua hala yang baik, supaya memberikan asas yang kukuh demi kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara pada masa yang akan datang.

Wakil AS pula menyatakan meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan AS-China membawa makna yang penting demi ekonomi kedua-dua negara bahkan dunia. AS bersedia mempergiat kerjasama dengan China supaya menggalakkan hubungan perdagangan dua hala melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China