Cari:
Putin: Rusia Tidak akan Diancam atau Dipulaukan
2014-12-21 15:33:13 CRI Cetak

Rusia tidak akan diancam atau dipulaukan oleh mana-mana pihak. Sebaliknya, Rusia bersiap siaga untuk mengambil tindak balas yang sewajarnya sekiranya kedaulatan, kestabilan dan penyatuan negaranya terancam.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam jamuan makan malam sambutan hari kakitangan agensi keselamatan negara di Istana Kremlin di Moscow semalam.

Menurut beliau, situasi global kini kurang stabil. Ancaman dan risiko kian bertambah. Undang-undang antarabangsa sering diabaikan. Tindakan ugut, provokasi, tekanan ekonomi dan maklumat, menghasut kumpulan nasionalisme dan pelampau untuk menjejaskan kestabilan negara lain sering berlaku di dunia pada masa ini.

Putin menegaskan bahawa baik masa yang lalu ataupun masa depan, Rusia tidak akan diancam atau dipulaukan oleh mana-mana pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China