Cari:
OPEC: Tingkat Pelaburan Kekang Kenaikan Harga Minyak
2014-12-22 15:50:51 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Abdalla Salem El-Badri menyeru supaya pelaburan dalam industri petroleum ditingkatkan bagi menstabilkan harga minyak di pasaran antarabangsa.

Ketika berucap merasmikan Persidangan Sumber Tenaga Arab ke-10 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu semalam, beliau berkata bahawa harga minyak mentah telah menurun sebanyak 50% sejak kebelakangan ini. Namun, turunnya harga minyak itu adalah tidak munasabah dan tidak selaras dengan faktor pasaran. Sehubungan dengan itu, negara pengeluar minyak perlu membuat pelaburan baharu dalam industri petroleum dan gas asli bagi memenuhi permintaan global terhadap petroleum yang dijangka meningkat sebelum tahun 2040.

Beliau turut memberikan amaran bahawa harga minyak mentah mungkin melonjak kepada USD 200 setong, sekiranya pelaburan baharu tidak dibuat pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China