Cari:
GMS: Pembangunan Bersifat Inklusif dan Lestari pada Masa Depan
2014-12-22 14:03:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang Kemuncak ke-5 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) telah berakhir di Bangkok pada 20 Disember lalu. Sidang ini bertemakan "Komited Terhadap Pembangunan Inklusif dan Lestari di GMS". Pelan pelaksanaan rangka pelaburan serantau 2014-2018 telah diluluskan dalam sidang kali ini untuk meningkatkan kesalinghubungan di GMS. Pakar China berpendapat, pelan tersebut amat signifikan bagi pembangunan GMS secara inklusif dan lestari pada masa hadapan.

Profesor Zhou Yongsheng dari Institut Pengajian Isu Antarabangsa Universiti Hal Ehwal Luar China menyatakan bahawa pelan tersebut lebih pragmatik untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan pembangunan GMS.

Menurut pelan tersebut, pelaksanaan 92 buah projek akan diberi keutamaan. Projek tersebut melibatkan pelbagai bidang, termasuk sumber tenaga, pertanian, modal insan, pelancongan, pengangkutan dan perdagangan serta telekomunikasi. Jumlah pelaburan projek tersebut mencatat kira-kira USD 30 bilion.

Sidang kemuncak kali ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dan turut dihadiri Perdana Menteri China, Li Keqiang, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung serta Gabenor Bank Pembangunan Asia (ADB), Takehiko Nakao. Perdana Menteri China Li Keqiang dalam ucapannya menyatakan bahawa lima negara di Semenanjung Indo-China merupakan negara jiran yang terdekat di rantau ASEAN. Pembangunan China dan pembangunan serantau merupakan peluang yang baik antara satu sama lain. China bersedia berusaha bersama dengan pelbagai pihak yang terlibat untuk mewujudkan penaiktarafan kerjasama antara China dengan ASEAN dan kerjasama di GMS agar memastikan hasil pembangunan dapat dinikmati oleh semua rakyat di rantau berkenaan.

Profesor Zhou Yongsheng berpendapat, sebagai negara terbesar dalam mekanisme kerjasama ekonomi GMS, China akan memainkan peranan penting dalam penggalakan kerjasama tersebut.

Naib ahli penyelidik Lembaga Penyelidikan Asia Selatan dan Asia Tenggara Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China (CICIR), Song Qingrun berpendapat, kerjasama ekonomi GMS amat penting kerana ia dapat memperdalam kerjasama antara China dengan ASEAN, sekali gus menggalakkan proses integrasi ekonomi serantau. Beliau berkata,

"Pada keseluruhannya, kerjasama ekonomi di GMS akan memperkasakan kerjasama ekonomi antara China dengan ASEAN dan kerjasama di rantau Asia Timur, mendorong pembinaan landasan ketera api Pan-Asia serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi di sekitar GMS."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China