Cari:
Biden Hadiri Upacara Pengebumian Polis NY
2014-12-28 17:05:49 CRI Cetak

Upacara pengebumian polis New York yang bernama Raphael Ramos diadakan di Gereja Christ Tabernacle, daerah Queens, New York semalam. Lebih 20 ribu anggota polis dari Kanada dan AS menyertai upacara pengebumian tersebut untuk menyampaikan penghormatan kepada polis berkenaan serta sokongan kepada jabatan polis New York.

Turut hadir termasuk Naib Presiden AS, Joseph Biden dan isterinya, Gabenor New York, Andrew Cuomo, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dan isterinya, serta Ketua polis New York, William Bratton. Dimaklumkan, upacara itu merupakan upacara pengebumian berskala paling besar yang diadakan oleh jabatan polis New York setakat ini.

Dua anggota polis New York yang sedang menjalankan misi rondaan di Brooklyn ditembak mati dari jarak dekat oleh seorang penyerang berketurunan Afrika pada petang 20 Disember lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China