Cari:
Lithuania Anggotai Kawasan Euro
2015-01-01 14:21:31 CRI Cetak

Lithuania telah menjadi negara anggota ke-19 dalam Kawasan Euro selepas negara jirannya, Estonia dan Latvia.

Pada pukul 00:20 pagi waktu tempatan, Perdana Menteri Lithuania, Algirdas Butkevicius, mengambil EUR 10 dari sebuah ATM di Pusat Bandar Vilnius,ibu kota negara itu dan mengumumkan Lithuania telah menganggotai Kawasan Euro secara rasmi.

Dalam ucapan, Butkevicius berkata, bagi Lithuania, menganggotai Kawasan Euro bukan sahaja bermakna keselamatan ekonomi dan politik, malah dapat memperkembang ekonomi dengan lebih pesat, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf pendapatan rakyat.

Lithuania buat kali pertama memohon menganggotai Kawasan Euro pada tahun 2006, namun ditolak ekoran kadar inflasi negara pada tahun itu lebih tinggi daripada syarat yang ditetapkan Kesatuan Eropah (EU).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China