Cari:
Xi Jinping Arah Uruskan Kejadian Rempuhan di Shanghai
2015-01-01 13:44:38 CRI Cetak

Pada pukul 23.35 malam 31 Disember lalu, satu kejadian rempuhan telah berlaku ketika penduduk Shanghai menyambut tahun baharu di Waitan, kawasan Huangpu. Setakat pukul lima pagi tadi, kejadian itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 maut dan 43 lagi cedera.

Selepas kejadian itu berlaku, Presiden China, Xi Jinping segera mengeluarkan arahan yang menuntut kerajaan bandar Shanghai berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan dan memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera serta menguruskan kejadian tersebut dengan baik. Selain itu, punca kejadian itu perlu disiasat segera dan mengambil iktibar daripadanya. Tahun Baharu China dan Pesta Capgome akan tiba. Penduduk di pelbagai tempat akan mengadakan aktiviti perayaan secara beramai-ramai. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan mesti mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat dan memastikan langkah jaminan keselamatan dilaksanakan untuk mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Perdana Menteri China, Li Keqiang, juga menuntut pihak berkenaan supaya menyelamatkan mangsa yang cedera, di samping menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa. Selain itu, pelbagai jabatan kerajaan perlu menjalankan pengawalan keselamatan di tempat-tempat perhimpunan orang ramai bersempena dengan sambutan perayaan bagi mencegah kemalangan daripada berulang serta memastikan keselamatan nyawa rakyat dan kestabilan masyarakat terjaga.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China