Cari:
Lawatan Wang Yi ke Afrika Amat Berhasil
2015-01-11 16:33:20 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menyifatkan lawatan beliau ke Kenya amat berhasil, dalam sidang media selepas bertemu rakan sejawatnya dari Kenya, Amina Mohamed di Nairobi semalam.

Wang berkata, tradisi memilih Afrika sebagai destinasi pertama lawatan menteri luar China pada setiap tahun memperlihatkan kedudukan penting benua ini bagi hubungan luar China serta persahabatan yang istimewa antara rakyat kedua-dua pihak.

Menurut Wang, Kenya merupakan rakan kerjasama yang penting bagi China di Afrika. Lawatan beliau kali ini bertujuan untuk menggalakkan pelaksanaan prakarsa "enam projek" dan "tiga jaringan" yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Li Keqiang ketika beliau melawat Afrika pada tahun lalu, selain membuat persiapan bagi mesyuarat peringkat menteri ke-6 Forum Kerjasama China-Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China