Cari:
Tiga Maut Pertempuran di Timur Ukraine
2015-01-19 17:01:30 CRI Cetak

Tiga orang terbunuh, manakala 31 lagi cedera dalam pertempuran antara tentera kerajaan Ukraine dengan kumpulan pemisah di lapangan terbang Donetsk pada 18 Januari lalu. Tentera kerajaan dilaporkan telah mendominasi kawasan di sekitar lapangan terbang tersebut, selepas menghalau kumpulan pemisah dari situ.

Penasihat Presiden Ukraine, Yuri Biryukov berkata, tentera kerajaan melancarkan serangan intensif di kawasan yang diduduki kumpulan pemisah pada pagi semalam. Kenyataan ini merupakan kenyataan pertama kerajaan Ukraine tentang serangan secara proaktif terhadap kumpulan pemisah dan berlainan dengan kenyataan sebelum ini yang menyebut "serangan balas bagi pertahanan diri yang dilancarkan mengikut arahan gencatan senjata."

Wakil Kementerian Luar Rusia bagi isu hak asasi manusia, demokrasi dan kedaulatan undang-undang, Konstantin Dolgov menyatakan rasa kesal terhadap pertempuran yang berlaku di lapangan terbang Donetsk baru-baru ini. Menurut beliau, Rusia tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan kertas putih tentang jenayah tentera kerajaan Ukraine, sekiranya pihak Ukraine terus bertindak sehingga menjejaskan gencatan senjata.

Tambah beliau, Rusia mengekalkan pendirian terhadap krisis di timur Ukraine, iaitu kedua-dua pihak yang berkonflik perlu mewujudkan gencatan senjata terlebih dahulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China