Cari:
Kontrak CNR Bernilai RMB 4.1 Bilion
2015-01-27 13:29:57 CRI Cetak

Cawangan Perbadanan CNR Berhad China di A.S. telah menandatangani kontrak projek kereta api bawah tanah yang bernilai RMB 4.118 bilion dengan Jabatan Pengangkutan Massachusetts A.S.. Demikian pengumuman yang dikeluarkan oleh CNR semalam.

Pada 23 Oktober tahun lalu, Jabatan Pengangkutan Massachusetts telah mengesahkan pembelian 284 buah kereta api bawah tanah untuk digunakan dalam laluan merah dan jingga di Boston. Menurut maklumat berkenaan, kereta api tersebut dibuat mengikut standard A.S. dengan kelajuan 102 kilometer sejam.

Untuk meluaskan pasaran di A.S. dan memperoleh lebih banyak tempahan, CNR akan membina pusat penyelidikan dan pembangunan pengangkutan rel di A.S..

Perbadanan CNR Berhad China merupakan pembekal lokomotif, enjin dan gerabak kereta api terbesar di negara ini.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China