Cari:
China Giat Perkenalkan Landasan Kereta Api ke Pasaran Antarabangsa
2015-01-30 13:30:05 CRI Cetak

Landasan kereta api baharu sepanjang 8,427 kilometer siap dibina di China pada tahun 2014. Dalam pada itu, pembinaan landasan kereta api menelan belanjawan sebanyak RMB 808.8 bilion pada tahun lepas. Dengan itu, kepanjangan landasan kereta api di China mencecah 112 ribu kilometer pada keseluruhannya. Antaranya landasan kereta api kelajuan tinggi mencatat 16 ribu kilometer. Angka ini dijangka akan mencapai 18 ribu kilometer pada akhir tahun 2015.

Pengurus Besar Syarikat Am Landasan Kereta Api China, Sheng Guangzu berkata, pihaknya akan giat melibatkan diri dalam pelaksanaan strategi "Satu Jalur, Satu Laluan", di samping memperkenalkan kereta api kelajuan tinggi kepada pasaran antarabangsa. Kata beliau: "Kami akan mengintensifkan interaksi dengan syarikat berkenaan agar membentuk dengan lebih awal mekanisme penyelarasan antara syarikat-syarikat bertanggungjawab atas urusniaga perekaan, pembinaan, pengeluaran kelengkapan dan komunikasi. Mekanisme itu bertujuan menyelaraskan dengan baik sumber dalam negeri dengan pasaran antarabangsa, di samping mengelakkan persaingan malignan dan membantu meningkatkan daya saing sektor landasan kereta api negara ini pada keseluruhannya."

Menurut Sheng Guangzu, landasan kereta api China mempunyai kelebihan dengan teknologi yang maju, tahap keselamatan yang terjamin serta kosnya yang lebih rendah. Pemimpin China telah kerap kali menegaskan komitmen untuk memperkenalkan sektor perkilangan kelengkapan negara ini termasuk landasan kereta api kepada dunia. Syarikat Am Landasan Kereta Api China akan terus memperkasakan usaha dalam pembinaan landasan kereta api di seberang laut pada tahun 2015.  Kata beliau:

"Kami akan terus mendorong kesalinghubungan landasan kereta api dengan negara jiran. Pembinaan landasan kereta api China-Laos dan China-Thailand antara projek utama buat masa ini. Di samping itu, kami juga akan aktif mendorong pembinaan projek landasan kereta api Hungary-Serbia dan landasan kereta api kelajuan tinggi Moscow-Kazan dan landasan kereta api Tanzania-Zambia supaya projek-projek itu boleh diselesaikan menurut jadual."

Tambah beliau, pihaknya juga komited untuk membangunkan landasan kereta api merentasi sempadan ke arah laluan logistik yang berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China