Cari:
Inisiatif China Mengenai Perdebatan Terbuka
2015-02-04 15:03:56 CRI Cetak

Majlis Keselamatan akan mengadakan lebih 20 mesyuarat pada bulan ini yang melibatkan hampir 20 topik perbincangan yang membincangkan masalah Syria, Asia Barat, Iraq, Yemen, Somalia dan Sudan Selatan. Sebagai negara pengerusi bergilir Majlis Keselamatan bagi bulan ini, China akan mengekalkan prinsip yang objektif, adil, pragmatik, efisien dan terbuka demi memelihara keadilan antarabangsa ketika menangani masalah-masalah tersebut.

Demikian dinyatakan oleh wakil tetap China ke PBB, Liu Jieyi, semalam. Pada hari yang sama, Liu juga menyerahkan surat inisiatif China mengenai perdebatan terbuka "memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa" yang diadakan pada Februari kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon. Tujuan utama perdebatan tersebut adalah untuk mendesak negara-negara anggota mengkaji semula latar belakang penubuhan PBB untuk masa depan yang lebih baik, menegaskan lagi prinsip Piagam PBB serta prinsip asas hubungan antarabangsa demi memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa serta mendorong keadilan antarabangsa dan antiperang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China