Cari:
ICAO Digesa Dedah Risiko Penerbangan
2015-02-04 16:54:12 CRI Cetak

Malaysia menggesa Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mewajibkan pendedahan laporan tentang risiko penerbangan di zon konflik kepada syarikat penerbangan komersial bagi mengelakkan nahas udara seperti yang membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17 daripada berulang.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia, Azharuddin Abdul Rahman yang menghadiri persidangan keselamatan ICAO di Montreal, Kanada semalam berkata, pelaksanaan perubahan operasi penerbangan komersial global juga perlu disegerakan.

Menurut beliau, laporan ICAO perlu dikeluarkan secara mandatori serta tepat pada masanya.

Selain itu, Malaysia dalam kertas kerjanya turut mengusulkan penggunaan alat pengesan pesawat yang tepat perlu menjadi keutamaan dalam industri penerbangan.

Tambah beliau lagi, berdasarkan insiden lalu, alat pengesan pesawat dapat meningkatkan keberkesanan operasi mencari dan menyelamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China