Cari:
Kumpulan Tiga Pihak Isu Ukraine Capai Perjanjian Penting
2015-02-11 14:52:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kumpulan penyelaras tiga pihak isu Ukraine iaitu Ukraine, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, serta Rusia mengadakan rundingan tertutup di Minsk semalam dan mencapai perjanjian penting tentang pengunduran senjata berat oleh kedua-dua pihak yang berkonflik di timur Ukraine, mekanisme gencatan senjata dan penyeliaan terhadap gencatan senjata.

Pada hari yang sama, Presiden AS, Barak Obama menggesa Rusia mengambil peluang pertemuan empat negara untuk menggalakkan penyelesaian secara damai krisis di Ukraine.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Poland, Tomasz Siemoniak menyatakan, Poland menyokong Perjanjian Minsk dan tiada rancangan untuk membekalkan peluru berpandu, kereta kebal atau senjata pemusnah kepada Ukraine sama ada pada masa dahulu atau sekarang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China