Cari:
Anwar Kekal Dipenjara Lima Tahun
2015-02-11 13:45:33 CRI Cetak

Mahkamah Persekutuan Malaysia menolak rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu, semalam.

Keputusan muktamad itu dicapai secara sebulat suara oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.

Dengan keputusan tersebut, Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Selepas itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan pengumuman untuk menuntut pelbagai pihak menghormati keputusan undang-undang dan menegaskan bahawa kes Anwar tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan. Namun, Anwar pernah menyatakan dalam mahkamah bahawa beliau tidak bersalah dan mendakwa kes itu merupakan komplot politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China