Cari:
Perjanjian Minsk Perlu Dilaksanakan Serta-merta
2015-02-16 16:34:02 CRI Cetak

Askar Ukraine bermain bola sepak akibat perjanjian gencatan senjata dolaksanakan

Sejak perjanjian gencatan senjata berkuatkuasa kelmarin, situasi di seluruh kawasan konflik bahagian timur Ukraine kelihatan tenang pada keseluruhannya. Namun, masih ada beberapa pertempuran kecil di sebahagian kawasan seperti di Debaltseve. Pada hari yang sama, pemimpin Rusia, Jerman, Perancis dan Ukraine mengadakan rundingan menerusi telefon untuk menuntut Perjanjian Minsk yang baharu dilaksanakan dengan serta-merta.

Mereka menyatakan bahawa Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) perlu memainkan peranan yang lebih besar untuk mengawasi gencatan senjata tersebut.

Selain itu, Rusia sudah pun menghantar barangan bantuan kemanusiaan kumpulan ke-14 ke kawasan bahagian timur Ukraine , dengan mengerah 180 buah lori muatan lebih 1,800 tan barangan tersebut yang dilaporkan merentasi sempadan Rusia-Ukraine kelamrin.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China