Cari:
Masyarakat Antarabangsa Diharap Bersama Maju Hadapan
2015-02-24 13:11:24 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi, selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), mempengerusikan perbahasan umum bertemakan keamanan dan keselamatan global di ibu pejabat PBB, New York, AS semalam, yang disertai wakil-wakil dari lebih 70 buah negara dan organisasi antarabangsa.

Wang Yi menyatakan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 kemenangan perang anti-Fasis sedunia serta tertubuhnya PBB. Ini bukan saja perlu diingati semua pihak, malah semangatnya wajib kita semarakkan pada masa yang akan datang. China berharap dapat bersama-sama pelbagai negara merenung kembali sejarah dan melangkah maju ke hadapan dengan menjadikan perbahasan umum kali ini sebagai wadahnya. Wang berkata: "Piagam PBB yang dikuatkuasakan pada lebih 70 tahun lalu selaras dengan kepentingan asas rakyat seluruh dunia. Pada masa ini, ia tetap besar maknanya kerana memainkan peranan yang mustahak bagi kestabilan dan keamanan dunia."

Piagam PBB yang diluluskan menjelang berakhirnya Perang Dunia II pada 25 Jun 1945 menggariskan visi dunia yang gemilang. Setelah 70 tahun berlalu, usaha keamanan dan perkembangan manusia mencapai kemajuan yang cukup besar, tetapi visi tersebut masih belum menjadi realiti.

Selaku kuasa penting dalam sekutu anti-Fasis serta medan pertempuran utama Perang Dunia II di Timur, China dan beberapa negara lain telah membuat pengorbanan yang agak besar demi mencapai kemenangan. China yang dianggap sebagai negara pengasas PBB sentiasa mendukung semangat Piagam PBB, menyokong fungsi pertubuhan antarabangsa itu, sekali gus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan dunia. Inisiatif Presiden China Xi Jinping tentang penjalinan hubungan antarabangsa serba baharu berteraskan muafakat bestari bukan sahaja memperlihatkan rukun asas dan prinsip Piagam PBB, tetapi juga merupakan satu gagasan yang inovatif. Wang Yi berpendapat, masyarakat antarabangsa harus menyuntik tenaga baharu kepada piagam tersebut. Katanya: "Pada hari ini, Piagam PBB tidak ketinggalan zaman. Kita sepatutnya mengimbas kembali semangat itu, sekali gus menambah kandungan baharu ke dalamnya dengan mempertimbangkan peredaran arus zaman dan keperluan sebenar."

Ketika menyebut tentang hubungan antarabangsa pada abad ke-21, Wang berkata: "Pada zaman ini, negara-negara di dunia harus menjalin hubungan bagai aur dengan tebing. Mentaliti Perang Dingin, permainan hasil tambah sifar dan konsep-konsep lain yang ketinggalan zaman harus disingkirkan."

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon juga merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya memanfaatkan ulang tahun ke-70 tertubuhnya PBB untuk memikirkan bagaimana menangani cabaran yang dihadapi bersama oleh seluruh manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China