Cari:
Persidangan Tahunan NPC Dirasmikan
2015-03-05 17:45:51 CRI Cetak

Persidangan Ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 dirasmikan di Balai Besar Rakyat di Beijing hari ini. Setakat ini, persidangan tahunan NPC sudah 18 kali diadakan pada tarikh 5 Mac.

Persidangan yang berkala yang diadakan secara lancar menjadi tanda yang penting untuk mencerminkan kehidupan politik normal sebuah negara, berfaedah bagi pihak berkuasa mentadbir urus negara mengikut Perlembagaan dan membuat peraturan mengenai kerja negara yang penting dalam pelbagai bidang pada tahun yang sama.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat enam agenda yang tidak pernah berubah bagi setiap persidangan tahunan NPC.

Menurut Perlembagaan, Jawatankuasa Tetap NPC, Dewan Negara, Mahkamah Rakyat Tertinggi, Pendakwa Rakyat Tertinggi dibentuk oleh NPC dan bertanggungjawab membentangkan laporan kerja kepada NPC. Maka, perbincangan mengenai laporan kerja kerajaan, laporan kerja Jawatankuasa Tetap NPC, laporan kerja Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Pendakwa Rakyat Tertinggi merupakan agenda tetap dalam persidangan tahunan NPC. Selain itu, persidangan tahunan itu juga meneliti laporan rancangan tahunan dan laporan belanjawan.

Agenda tersebut mencerminkan pengawasan NPC terhadap badan-badan berkenaan.

Enam agenda tersebut tidak berubah, yang berubah ialah kandungan terperinci laporan kerja berkenaan. Tahun ini merupakan tahun yang penting untuk melaksanakan transformasi yang menyeluruh, meningkatkan pentadbiran negara mengikut undang-undang, dan menyelesaikan secara menyeluruh Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-12.

Selain enam agenda tetap itu, terdapat juga satu agenda penting yang melibatkan penggubalan undang-undang, iaitu membahaskan draf pemindaan undang-undang asas bagi mengemaskan kerja penggubalan undang-undang. Undang-undang berkenaan merupakan asas untuk menstandardkan kerja penggubalan undang-undang sebuah negara. Draf pemindaan itu sudah memperincikan peranan utama NPC dalam penggubalan undang-undang.

Sebagai satu agenda tetap dalam persidangan NPC, sesi pembahasan secara terbuka dilihat peluang yang baik bagi pemberita dari dalam dan luar negara mendapatkan sesuatu muklumat dari wakil NPC. Selain itu, peningkatan tahap keterbukaan persidangan NPC juga boleh kelihatan dari bertambahnya sidang akhbar yang bermacam-macam. Pada lebih sepuluh tahun kebelakangan ini, selepas mesyuarat persiapan dan mesyuarat presidium pada pagi 4 Mac, jurucakap persidangan berkenaan akan mengadakan sidang media. Selepas persidangan tahunan NPC berakhir, Perdana Menteri juga akan mengadakan sidang media. Dimaklumkan, tahun ini petugas utama dari Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan dan Kementerian Perlindungan Alam Sekitar akan menghadiri sidang akhbar di pusat media persidangan NPC untuk menjawab isu-isu hangat berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China