Cari:
Maxime Vivas: Kerajaan China Tidak Sekat Kebebasan Beragama di Tibet
2015-03-05 13:57:01 CRI Cetak

Karya penulis Perancis, Maxime Vivas, yang bertajuk "Dalai Lama- Not so Zen" telah diketahui pembaca China. Baru-baru ini, beliau memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua, beliau sedang menulis karya kedua mengenai kebudayaan dan agama di Tibet, China supaya lebih banyak orang mengetahui keadaan sebenar di Tibet.

Vivas menyatakan bahawa lawatan pertamanya ke Tibet pada tahun 2010 telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada beliau dan turut menghasilkan sebuah buku. Namun, beliau menganggap buku itu masih belum dapat menyampaikan sepenuhnya pandangan beliau terhadap Tibet, terutamanya dari segi agama.

Sebelum lawatan ke Tibet, pengetahuan Vivas mengenai Tibet sama sekali berdasarkan media negara Barat, dan menganggap kerajaan China telah memusnahkan kebudayaan Tibet dan menyekat kebebasan beragama di sana. Tetapi, selepas beliau tiba di Tibet, beliau terkejut ketika melihat iklan dan slogan dalam bahasa Tibet terdapat di merata-rata tempat, di sekolah melihat guru mengajarkan bahasa Tibet dan juga ada sistem huruf Tibet yang ditunjukkan kepada beliau. Selain itu, beliau berasa hairan apabila melihat kuil agama Tibet di merata-rata tempat dan banyak penganut agama Tibet berdoa di tempat awam.

Vivas menganggap lawatan tersebut membuat beliau mengetahui kerajaan China bukan sahaja tidak menyekat kebebasan beragama di Tibet, bahkan bertoleransi terhadap sesetengah aktiviti keagamaan. Di beberapa negara Barat termasuk Perancis, aktiviti yang menonjolkan agama dilarang dilakukan di tempat awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China