Cari:
CAEXPO akan Anjurkan Pameran di Bangkok
2015-03-11 16:06:28 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) akan menganjurkan pameran di Bangkok, Thailand pada 2 hingga 4 April nanti. Pameran tersebut merupakan pameran pertama CAEXPO di negara ASEAN.

Ketua Setiausaha Sekretariat CAEXPO, Wang Lei menyatakan semasa diwawancara oleh wartawan semalam, CAEXPO telah diadakan dengan jayanya sebanyak 11 kali sejak tahun 2004, dan reputasinya semakin meningkat. Ekspo ini merupakan wadah penting untuk mendorong pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) serta kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak, di samping menyediakan suasana yang baik bagi kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang lain.

Beliau menambah bahawa penaiktarafan CAFTA sedang dalam perbincangan. Oleh itu, CAEXPO juga harus ditingkatkan tarafnya.

Wang Lei menjelaskan, mengadakan pameran di negara-negara ASEAN dianggap langkah penting dalam penaiktarafan CAEXPO. Pameran yang bakal diadakan di Bangkok kali ini dapat meningkatkan fungsi perkhidmatan komprehensif ekspo ini, sambil membantu memperdalam komunikasi antara syarikat China dan negara-negara ASEAN. Pada masa yang akan datang, pameran CAEXPO akan diadakan di negara-negara ASEAN dan rancangan yang terperinci sedang dibincangkan.

Ekspo China-ASEAN ke-12 akan diadakan pada 18 hingga 21 September nanti di Nanning, Guangxi China. Selain daripada pameran pertanian, industri ringan, perhutanan dan kebudayaan, pameran pelancongan juga akan diadakan. Selain itu, kerjasama serantau akan terus digalakkan dan diluaskan, perkhidmatan berkaitan dengan kerjasama "10+1" akan diluaskan ke tahap Perkongsian Ekonomi Serantau Komprehensif (RECP). Ekspo kali ini juga akan mengundang Republik Korea sebagai negara tetamu untuk menggalakkan kerjasama China dan ASEAN dengan negara-negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China