Cari:
Likud Menang Pilihan Raya Israel
2015-03-18 14:58:05 CRI Cetak

Kumpulan Likud pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanya­hu memenangi pilihan raya dan menjadi parti terbesar dalam parlimen.

Menurut keputusan pilihan raya yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Israel hari ini, Kumpulan Likud memenangi 29 kerusi daripada 120 kerusi parlimen.

Netanyahu ketika menyampaikan ucapan di ibu pejabat Kumpulan Likud menyatakan bahawa "kemenangan yang besar" ini "sukar untuk dicapai". Beliau berjanji akan membentuk kerajaan yang "stabil" dengan secepat mungkin.

Dalam tempoh seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Presiden Israel, Reuven Rivlin akan memberikan mandat kepada parti terbesar untuk membentuk kerajaan baharu dalam tempoh 42 hari dan melantik Perdana Menteri baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China