Cari:
PM Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew Meninggal Dunia
2015-03-23 15:47:35 CRI Cetak

Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri yang juga pengasas Singapura meninggal dunia pada awal pagi tadi di Hospital Besar Singapura, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura. Beliau berusia 91 tahun. Sebagai ahli politik yang pengaruhnya paling istimewa bukan hanya di Asia tetapi juga di dunia, dan ahli strategi yang mempunyai etika Timur dan visi antarabangsa, Lee telah membuat sumbangan yang penting dari segi sejarah bagi penubuhan dan perkembangan hubungan China dan Singapura.

Lee Kuan Yew, atau Harry Lee Kuan Yew, dilahirkan pada 16 September 1932. Pada tahun 1959, Lee yang berusia 36 tahun menyandang jawatan Perdana Menteri Singapura pertama. Beliau meletakkan jawatan itu pada tahun 1990, dan berkhidmat sebagai Menteri Kanan dan Menteri Mentor sehingga bulan Mei 2011. Di bawah pimpinan Lee yang digelar pengasas Singapura moden, negara itu yang tanpa sumber semula jadi berjaya melonjakkan statusnya daripada negara dunia ketiga kepada negara dunia pertama. Singapura menjadi negara yang kerajaannya jujur dan bersih, ekonomi makmur, kehidupan rakyat harmoni dan persekitaran indah permai.

Sebagai Perdana Menteri, Lee giat mendorong pembaharuan dan pembangunan ekonomi, menjalinkan hubungan ekonomi dengan pelbagai negara, serta menggalakkan dan menarik pelaburan asing ke Singapura. Serentak itu, beliau juga meneroka dan mengamalkan beberapa sistem sosial yang bermanfaat bagi pembangunan negara kecil itu, seperti menubuhkan sistem pangsapuri Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF) dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), serta menjalankan pembaharuan pendidikan. Melalui usaha tersebut, Singapura berjaya menjadi salah satu negara yang paling kaya dan maju di Asia dalam tempoh 30 tahun.

Pertukaran antara Singapura dan China semakin banyak sejak China melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Lee juga optimistik terhadap prospek ekonomi China pada masa depan.

Lee Kuan Yew juga pernah mengadakan pertemuan dengan pemimpin China pelbagai penggal dan juga menyanjung tinggi prestasi Presiden China, Xi Jinping.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China