Cari:
Lawatan Jacob J.Lew ke China sebagai Persiapan Lawatan Presiden Xi Jinping ke AS
2015-03-31 12:31:00 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Jacob J.Lew

Wakil khas Presiden AS yang juga Naib Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob J.Lew melawat ke China untuk membuat persiapan Dialog Ekonomi dan Strategi China-AS yang bakal diadakan pada bulan Jun dan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke AS pada bulan September. Demikian dinyatakan Naib Kewangan China, Zhu Guangyao semalam.

Dalam lawatan sehari itu, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menemui Jacob J.Lew. Naib Perdana Menteri China, Wang Yang juga telah mengadakan rundingan dengan Jacob J.Lew.

Naib Perdana Menteri China, Wang Yang mengadakan rundingan dengan Jacob J.Lew

Menurut Zhu Guangyao, pertemuan tersebut amat berhasil. Kedua-dua pihak menyatakan bahawa China dan AS sebagai dua entiti ekonomi yang paling penting di dunia ini mengharapkan ekonominya mencapai kejayaan. Pemulihan ekonomi dunia sekarang tidak stabil dan tidak menentu. Berdasarkan keadaan tersebut, penyelarasan dasar ekonomi dan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara ini amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dunia.

Selain itu, mengenai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang dianjurkan China,Zhu Guangyao menyatakan bahawa Jacob J.Lew mewakili kerajaan AS menyatakan dengan tegas bahawa pihaknya mengalu-alukan dan menyokong semua anjuran yang berfaedah kepada pembangunan infrastruktur serta peranan China yang lebih besar dalam urusan ekonomi antarabangsa. AS berharap agar AIIB mempunyai piawaian yang tinggi dalam struktur tadbir urus dan pihaknya memahami usaha China untuk mencapai piawaian tersebut. Kedua-dua pihak bersedia untuk terus bertukar-tukar pendapat mengenai isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China