Cari:
China, Pakistan Naiktarafkan Hubungan
2015-04-21 12:01:32 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Pakistan, Mian Muhammad Nawaz Sharif di Islamabad semalam. Kedua-dua pihak bersepakat untuk menaiktarafkan hubungan China-Pakistan kepada perkongsian strategik serba cuaca.

Dalam pada itu, Presiden Xi turut mengemukakan cadangan dalam lima perkara mengenai perkembangan hubungan China-Pakistan. Pertama, mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan menggalakkan interaksi antara kerajaan, badan legislatif, parti dan tentera; kedua, mendorong kerjasama saling menguntungkan dengan tumpuan pada pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan serta kerjasama dalam pembinaan infrastruktur, sumber tenaga dan industri; ketiga, memperkasakan kerjasama keselamatan dan antikeganasan; keempat, bekerjasama menjayakan aktiviti Tahun Persahabatan China-Pakistan 2015 bagi merancakkan pertukaran budaya, pendidikan, kumpulan pemikir dan media; kelima, meningkatkan koordinasi dalam isu-isu penting serantau dan antarabangsa termasuk pembaharuan PBB, perubahan iklim serta keselamatan bahan makanan dan sumber tenaga.

Sharif pula menyifatkan persahabatan antara Pakistan dengan China sebagai asas kepada dasar luar Pakistan. Beliau turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) yang dikemukakan oleh China, serta kesediaan untuk mengambil bahagian dalam penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China