Cari:
Lebih 600 Pelancong China Terkandas di Nepal
2015-04-26 15:22:17 CRI Cetak

Menurut Jabatan Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China, setakat hari ini, jumlah rombongan pelancong China di Nepal melebihi 50 buah. Manakala, jumlah pelancong yang terkandas di Nepal mencatat 683 orang, termasuk yang mengikuti rombongan dan pelancong individual.

Mereka dilaporkan maisng-masing berasal dari Sichuan, Chongqing, Shaanxi, Shanghai dan Beijing.

Sementara itu, pesawat sewa khas milik Syarikat Penerbangan Antarabangsa China, iaitu "Air China" yang dikerah menghantar pasukan penyelamat ke Kastamandu hari ini, dijadualkan akan membawa pulang sebahagian pelancongan China. Selain itu, Syrikat Penerbangan Selatan China (China Southern Airlines) pun menambah satu pesawat sewa khas untuk membawa pulang pelancong yang terkandas yang dilaporkan sudah berlepas dari Guangzhou ke Kathamandu pada 10.30 pagi tadi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China